(Hinava)
Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi
kaum Kadazan. Masyarakat Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik.
Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan seperti Pesta
Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.
pinasaakan
Selain
pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih
mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian.
Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti
perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun.
(Bosou)
Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada
pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan
sumber pencarian makanan.